Skip to main content

INTERMITTENT FASTING (IF) LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SET HELLO NEW YOU

 IF LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SET HELLO NEW YOU


Assalamualaikum semua, harapnya semua sihat-sihat sahaja tambahan dengan cuaca sekarang yang tak menentu sekejap hujan sekejap panas kan. Hari ni mia nak share pasal Intermittent Fasting. Intermittent Fasting (IF) ni adalah corak pemakanan di mana kita menghadkan pengambilan makanan pada jam-jam yang tertentu dalam sehari.

Apakah Intermittent Fasting (IF) ?

Intermittent Fasting (IF) adalah corak pemakanan berkitar antara tempoh berpuasa dan makan. Kaedah IF melibatkan puasa 16 jam setiap hari atau puasa selama 24 jam, dua kali seminggu.


Kaedah Intermittent Fasting (IF)

Terdapat beberapa cara berbeza untuk melakukan Intermittent Fasting yang melibatkan pembahagian hari atau minggu dalam tempoh makan dan puasa. 


6 Jenis Intermittent Fasting

Berikut merupakan kaedah yang paling popular : 

  • Kaedah 16/8 : Dipanggil sebagai Protokol Leangins, iaitu skip sarapan pagi dan menghadkan tempoh makan harian anda kepada 8 jam, contohnya 1-9pm dan berpuasa 16 jam di antaranya.
  • Eat-Stop-Eat : Kaedah ini merupakan puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu. Contohnya dengan tidak makan dari malam satu hari sehingga makan malam keesokan harinya.
  • Diet 5:2 : Dengan kaedah ini, pengambilan kalori terhad kepada 500-600 pada 2 hari tidak berturut-turut dalam seminggu dan makan secara normal pada 5 hari yang lain.
Dengan mengurangkan pengambilan kalori, kaedah ini dapat membantu penurunan berat badan selagi kita tidak makan lebih banyak semasa tempoh makan.

Kebaikan Intermittent Fasting


Kajian-kajian menunjukkan bahawa Intermittent Fasting memberi manfaat yang ketara untuk mengawal berat badan dan kesihatan badan dan otak kita.

  1. Penurunan Berat Badan : Seperti gambarajah di atas, IF dapat membantu menurunkan berat badan dan lemak perut tanpa perlu menyekat kalori secara sedar.
  2.  Rintangan Insulin : IF boleh mengurangkan rintangan insulin, menurunkan gula darah sebanyak 3-6% dan tahap insulin puasa sebanyak 20-31% yang melindungi kita daripada diabetes jenis 2.
  3. Mengurangkan keradangan : Sesetengah kajian menunjukkan pengurangan dalam penanda keradangan, pemacu utama banyak penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, penyakit jantung dan kanser.
  4. Kesihatan Jantung : Intermittent Fasting boleh mengurangkan kolestrol LDL (Kolestrol Jahat), Trigliserida darah, penanda keradangan, gula darah dan rintangan insulin (semua merupakan faktor risiko penyakit jantung.
  5. Kesihatan Otak : IF meningkatkan hormon otak BDNF dan boleh membantu pertumbuhan sel saraf baru. Ia juga melindungi daripada penyakit alzheimer.
Dalam Shaklee kita ada Set Intermittent Fasting tau 🙈 iaitu Set Hello New You dengan set ni kita boleh IF dengan sihat dan bertenaga takda lah lemau je dalam tempoh IF tu tau !


Set IF Shaklee

1. Minuman protein boleh diminum sewaktu mula IF atau bila waktu berbuka IF (Eating Window). Boleh dijadikan sebagai meal replacement dan juga dapat membekalkan tenaga supaya kekal aktif dalam tempoh tidak berpuasa.

Cinch Coklat : Mempunyai 20 jenis Vitamin dan Mineral, tinggi serat, rendah indeks glisemik, mempunyai leucine bagi membina otot dan mengekalkan paras gula dalam darah.



2. Lecithin - Agen Pemecah Lemak
Lecithin membantu mempercepatkan lagi proses pemecahan lemak, meningkatkan metabolisme juga membantu mencegah lemak terkumpul pada dinding salur darah, jantung dan otak dengan memecahkan lemak yang terkumpul.


3. Omega Guard - Agen Pembakar Lemak
Omega membantu mengawal paras lemak sihat yang terkumpul dari makanan harian, meningkatkan metabolisme badan, memecahkan lemak yang menyaluti organ dan meningkatkan kepekaan insulin badan bagi mengelak makanan yang disimpan sebagai lemak dan menukarkan menjadi tenaga.


4. Herblax - Agen Detoks

Herblax dapat membantu membersihkan toksin pada usus, mengelakkan sembelit, dan mengurangkan perut buncit.



Haa ni dia antara supplement yang boleh diambil ketika IF. Sambil IF kita perlu pastikan badan cukup nutrisi baru lah sihat dan cergas. Mesti taknak IF tapi badan lemah dan lesu kan. Semoga kita sama-sama dapat manfaat yang baik daripada IF ni. Kalau nak maklumat lanjut jangan segan contact mia ye 😆

Facebook : Miah Hussain
Instagram : Miah Hussain


#NextLevelBlogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



Comments

Popular posts from this blog

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

  TIPS KURUS DENGAN CEPAT Assalamualaikum semua, sedar tak sedar Ramadhan bakal berakhir beberapa hari je lagi kan. Ada yg dah berjaya capai misi kurus raya ke tu 🙈 ? Ke masih dalam proses ? Hari ni mia nak share Tips Kurus dengan Cepat. Untuk kurus dan sihat, kita perlu mulakan gaya hidup yg sihat dan berdisiplin 💪 1) Kurangkan Pengambilan Karbohidrat Boleh dikatakan kebanyakan makanan kita setiap hari mengandungi karbohidrat termasuklah nasi, roti, kuih-muih, pasta dan sebagainya. Tetapi, tau tak yang badan kita sebenarnya tak perlukan karbohidrat yang banyak untuk berkerja. Jadi, jika kita nak kurangkan berat badan boleh mulakan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan harian kita. 2) Detoks Untuk memulakan diet, kita digalakkan untuk detoks terlebih dahulu. Usus kita umpama kereta yang perlu dipanaskan enjinnya dahulu sebelum dipandu. Jadi ia perlu dibuang toksin yang jahat dahulu sebelum tukarkan kepada rutin yang baik. Detoks boleh dilakukan selama 7 hingga ke

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

  Sekarang tengah viral kan kat mana-mana mesti kita jumpa harga rahmah. Vitamin kulit pun semestinya taknak ketinggalan program harga rahmah ni. Haa RARE kan 😆 Nak tau tak apa dia vitamin kulit cantik tapi harga rahmah tu ?  Jeng Jeng Jeng Tak lain tak bukan set kulit 'Best Seller' kita Esp Soy Protein dan Sustained Release Vita-C Shaklee. Kebetulan bulan ni menjelang raya kan, Shaklee pun tau-tau je yang kita ni mesti nak kulit sihat dan cantik raya ni kan. Tahu tak, kedua-dua produk ni penting untuk dapatkan kulit yang sihat tau. Jom mia share sikit tentang vitamin kulit cantik ni. Kepentingan Protein untuk Kulit yang Sihat dan Cantik Protein merupakan salah satu bahan binaan tisu kuli t, setiap 21 hari kulit kita akan bertukar baru jadi pengambilan protein yang mencukupi amatlah penting untuk kulit yang gebu dan sihat. Protein mengandungi 2 jenis asid amino, iaitu L-proline dan L-lysine yang membantu penghasilan kolagen badan . Protein menggalakkan penghasilan, pertumb