Skip to main content

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

 TIPS KURUS DENGAN CEPAT


Assalamualaikum semua, sedar tak sedar Ramadhan bakal berakhir beberapa hari je lagi kan. Ada yg dah berjaya capai misi kurus raya ke tu 🙈 ? Ke masih dalam proses ? Hari ni mia nak share Tips Kurus dengan Cepat. Untuk kurus dan sihat, kita perlu mulakan gaya hidup yg sihat dan berdisiplin 💪

1) Kurangkan Pengambilan Karbohidrat



Boleh dikatakan kebanyakan makanan kita setiap hari mengandungi karbohidrat termasuklah nasi, roti, kuih-muih, pasta dan sebagainya. Tetapi, tau tak yang badan kita sebenarnya tak perlukan karbohidrat yang banyak untuk berkerja. Jadi, jika kita nak kurangkan berat badan boleh mulakan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan harian kita.


2) Detoks



Untuk memulakan diet, kita digalakkan untuk detoks terlebih dahulu. Usus kita umpama kereta yang perlu dipanaskan enjinnya dahulu sebelum dipandu. Jadi ia perlu dibuang toksin yang jahat dahulu sebelum tukarkan kepada rutin yang baik. Detoks boleh dilakukan selama 7 hingga ke 14 hari.


3) Makan Mengikut Jadual



Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap dapat membantu membakar kalori dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengurangkan rasa lapar dan craving untuk mengunyah jajan. Kita juga digalakkan makan mengikut masa yang sama setiap hari dan tidak kerap menukar waktu makan kerana jika kita makan pada waktu yang tidak tetap otak kita akan menghantar isyarat lapar yang keterlaluan pada perut dan menyebabkan kita 'overeating' pada suatu masa. Selain itu, makan pada waktu yang tetap juga sangat bagus bagi penghidap gastrik, ia dapat membantu mengelakkan gastrik menyerang dengan kerap.

4) 'Cut' Gula !



Haa, kalau nak kurus MESTI CUT GULA tau ! Banyak sebenarnya keburukan gula ni, lebih-lebih lagi pada yang nak kurus dengan cepat gula ni memang musuh utama. Apabila kita mengambil gula, proses pembakaran lemak secara semulajadi (di perut, paha, lengan, betis) di dalam badan kita akan terhenti disebabkan gula yang dimasukkan ke dalam badan tadi dibakar menjadi tenaga yang sepatutnya dibakar daripada lemak kita 😱. Dengan 'cut' gula, bukan sahaja menjadikan tubuh kita kurus tetapi juga mengurangkan risiko untuk penyakit 3 serangkai.
Tapi bagi mengelakkan craving boleh cuba gantikan gula dengan stevia untuk dimasukkan ke dalam minuman. Tapi sesekali je tau, jangan selalu 😆


5) Lebihkan Buah-buahan dan Sayur-Sayuran



Buah-buahan dan Sayur-sayuran mengandungi kandungan serat yang tinggi dan rendah lemak juga gula. Pengambilan serat yang tinggi dapat membantu mengurangkan berat badan, mengurangkan craving serta mempunyai vitamin dan mineral yang banyak yang bagus untuk badan kita.

6)Banyakkan Minum Air


Jadikan amalan minum air putih selang sejam. Jika perut terasa lapar minum air terlebih dahulu kerana kadang-kadang rasa lapar itu disebabkan oleh dahaga. Banyak minum air dapat membantu untuk kurus, melancarkan darah dan mencantikkan kulit. Performance drinks Shaklee ni bukan sahaja melegakan rasa dahaga tapi ia juga kaya dengan nutrisi tau ! Performance drinks Shaklee boleh menggantikan minuman isotonik bergula juga mencegah dehidrasi.

7) Bersenam


Walaupun pakar diet mengatakan penyumbang untuk kurus adalah 70% pemakanan dan 30% senaman, namun tetap tidak boleh diambil sambil lewa akan kebaikan bersenam. Apabila badan sihat, rutin untuk kurus juga berlaku dengan pantas kerana senaman dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan jadi secara tak langsung badan dapat membakar lemak dengan lebih pantas. Tidak semestinya perlu ke gym untuk bersenam tetapi kita boleh melakukan apa sahaja senaman yang dapat mengeliarkan peluh seperti berbasikal, bermain badmonton, berenang ataupun lompat tali.

8) Mengambil Supplement Tambahan


Pengambilan supplement turut membantu dalam menurunkan berat badan dengan cepat, sihat dan selamat. Selain itu, supplement turut membantu tubuh mendapatkan keperluan nutrisi yang diperlukan badan. Shaklee ada set kurus yang lengkap tau, dapat bantu kita kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar 😍

Jom cepat hubungi mia untuk maklumat lanjut 👇


Whatsapp : 0172671802
Facebook : Miah Hussain
Instagram : Miah Hussain

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2022



Comments

Popular posts from this blog

30 PESANAN IMAM SYAFIE UNTUK CAPAI KEJAYAAN HIDUP

  KATA-KATA MOTIVASI Assalamualaikum, selamat petang semua 😊 Hari ni mia nak share kata-kata motivasi tentang 30 Pesanan Imam Syafie untuk Mencapai Kejayaan Hidup. Siapa Imam Syafie ni ? Imam Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Bin Idris Bin Al-Abbas Bin Usman Bin Syafie Bin As-Saib adalah ahli fiqah terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau merupakan pengasas kepada mazhad Syafie, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia. Setiap daripada kita mesti nak berjaya dalam hidup kan, jadi di sini mia sertakan 30 pesanan Imam Syafie untuk mereka yang inginkan kejayaan. 1.  Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin  kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. 2. Perbanyakan  menyebut Allah  daripada menyebut makhluk. Perbanyakan  menyebut hal akhirat  daripada menyebut hal dunia. 3. Pilihlah  makanan yang halal  kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaita...

4 Langkah Mulakan Amalan Gaya Hidup Sihat

 Semua orang impikan memiliki gaya hidup sihat, tapi kalau kita dah terbiasa dengan gaya hidup yg sedia ada bukan mudah untuk kita lakukan perubahan mengubah tabiat buruk kepada tabiat yang mengikut amalan gaya hidup sihat tau. Hari ni mia nak share 4 Cara untuk Mulakan Amalan Gaya Hidup Sihat. 1) KAWAL PEMAKANAN Antara kesilapan yang sering kita lakukan untuk mengubah gaya hidup sihat ialah dengan ubah gaya pemakanan dengan mengikuti tips-tips diet yang melampau untuk turunkan berat badan dengan pantas tetapi bila dah habis diet, berat naik semula melebihi paras sebelum diet. Gaya pemakanan sihat adalah menyedari apa yang masuk ke mulut kita, bukan makan mengikut apa yang nafsu anda mahu. Adakah ini bermakna kita tidak boleh lagi makan donut, kek atau makanan segera? Tidak, kuncinya adalah kawal, makanan-makanan tidak berkhasiat ini kita makan untuk waktu tertentu sahaja seperti sambutan hari jadi atau sebagai ganjaran setelah mencapai sesuatu.  Salah satu cara mudah untuk m...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

  Sekarang tengah viral kan kat mana-mana mesti kita jumpa harga rahmah. Vitamin kulit pun semestinya taknak ketinggalan program harga rahmah ni. Haa RARE kan 😆 Nak tau tak apa dia vitamin kulit cantik tapi harga rahmah tu ?  Jeng Jeng Jeng Tak lain tak bukan set kulit 'Best Seller' kita Esp Soy Protein dan Sustained Release Vita-C Shaklee. Kebetulan bulan ni menjelang raya kan, Shaklee pun tau-tau je yang kita ni mesti nak kulit sihat dan cantik raya ni kan. Tahu tak, kedua-dua produk ni penting untuk dapatkan kulit yang sihat tau. Jom mia share sikit tentang vitamin kulit cantik ni. Kepentingan Protein untuk Kulit yang Sihat dan Cantik Protein merupakan salah satu bahan binaan tisu kuli t, setiap 21 hari kulit kita akan bertukar baru jadi pengambilan protein yang mencukupi amatlah penting untuk kulit yang gebu dan sihat. Protein mengandungi 2 jenis asid amino, iaitu L-proline dan L-lysine yang membantu penghasilan kolagen badan . Protein menggalakkan penghasilan, pertum...