Skip to main content

5 Juadah Open House Raya

 5 JUADAH OPEN HOUSE RAYA


Assalamualaikum semua, cepatnya masa berlalu hari ni dah masuk 20 Syawal dah. Ada yg masih buat open house raya lagi ? Dekat area mia siang malam tak henti lagi open house 🤭

Haa utk yg masih beraya atau ada plan nak buat open house raya, jom mia share 5 resepi juadah simple untuk open house raya.


1) Set Nasi Ayam


Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma 

Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara memasak ayam ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu. 

Cara untuk memasak nasi:
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa. 

Cara untuk memasak sup:
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. 
2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup. 

Cara untuk memasak sos:
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma. 

Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.


2) Mee Kari

Bahan-Bahan: 
1 kg mee kuning 
500 gram ayam, potong kecil 
1 kg kerang, rebus dan ambil isi 
300 gram udang, buang kulit 
2 cawan air rebusan dari kulit udang yang dibuang 
10-15 biji bebola ikan (fish ball) 
3 keping kek ikan (fish cake) 
4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat 
2 keping asam gelugor 
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus 
2 cawan santan pekat 
2 cawan santan cair 
(boleh digantikan dengan santan kotak) 

Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai, hiris nipis
10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut. 

Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus, potong dua
2 tangkai sawi, potong dan rebus
Bawang goreng
Limau kasturi, potong dua
Taugeh
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
*saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara Penyediaan:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. 
3. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
5. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

3) Set Daging dan Air Asam


Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup atau  1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam 

Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga 

Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis

Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:

1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan.
3. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
4. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa.
5. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. 
6. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak. 
7. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul. 

Cara untuk air asam:
Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

4) Nasi Beriani Daging


Bahan bahan:
5 pot beras Basmathi
1-2 biji buah tomato - direbus
1 helai daun pandan
1 ikat batang ketumbar
4-5 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
Sedikit garam
Sedikit susu cair

Bahan kisar basah:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan kisar kering:
1-2 sudu besar rempah ketumbar, jintan manis & jintan putih

Cara cara:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan dan daun ketumbar.
2. Masukkan bahan kisar basah dan kacau seketika sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kering dan buah tomato yang direbus tadi.
3. Masukkan beras dan goreng seketika. Tuang air secukupnya dan sedikit garam.
4. Masak nasi dalam rice cooker seperti biasa sehingga air hampir kering. Bila air telah kering, tuangkan susu cair. Kacau rata dan tutup periuk.
5. Bila air telah kering, titis pewarna kuning telur dan tutup periuk. Jangan dikacau. Setelah nasi benar benar masak, baru dikacau rata.
6. Boleh tabur bawang goreng, sebelum dihidangkan.

Resepi Daging Beriani

Bahan bahan:

2 kg daging batang pinang - potong besar
Rempah 4 sekawan - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ikat daun ketumbar - dengan akar sekali
5-6 sudu besar minyak sapi
1/4 tin susu cair
2 biji buah tomato - direbus
Garam
Gula

Bahan kisar basah:
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 genggam cili kering - 10-12 sudu besar cili kering kisar

Bahan kisar kering:
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar

Cara cara:
1. Bahan kisar kering disangai terlebih dahulu sebelum dikisar kering. Ketepikan.
2. Buah tomato direbus terlebih dahulu sehingga kulitnya boleh ditarik keluar. Atau jika suka boleh juga guna buah tomato dalam tin.
3. Panaskan minyak sapi secukupnya dan tumis rempah 4 sekawan dengan bahan kisar basah.
4. Masukkan daun pandan dan daun ketumbar. Kemudian masukkan pula bahan kisar kering. Tumis sehingga wangi dan terbit minyak.
5. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing. Masukkan buah tomato. Nota: Buah tomato boleh dimasukkan kemudian ketika mengeringkan kuah. Lebih mudah untuk adjust rasa, takut terlebih masam.
6. Masukkan daging ke dalam periuk pressure cooker. Kemudian tuang bahan tumisan ke atas daging dan kacau rata. Masak di dalam pressure cooker dan masak selama 30 minit.
7. Keluarkan daging dari pressure cooker dan pindahkan ke dalam kuali. Terus masak sehingga pekat yang disukai.
8. Akhir sekali, masukkan sedikit susu cair, garam dan gula secukup rasa. Angkat.
Tabur bawang goreng dan daun ketumbar sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

5) Daging Dendeng



Bahan bahannya:
Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg
Bawang merah 3 biji (kisar)
Bawang putih 5 ulas (kisar)
Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)
Sos tomato
Bawang goreng
Kicap kipas udang manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng 

Cara caranya:
1. Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya .
2. Ambil periuk dan masukkan daging. Letakkan kicap paras daging itu .Rebus selama 10 minit . Sejukkan .
3. Ambil daging itu dan tumbuk nipis nipis pakai batu lesung. Ketepikan .
4. Masukkan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih tadi. Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi. 
5. Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra. Masukkan sos tomato, boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.
6.  Jangan lupa garam secukup rasa.

Semoga resepi-resepi ni sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi idea kepada semua.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#Shakleethrive2023



Comments

Popular posts from this blog

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

  TIPS KURUS DENGAN CEPAT Assalamualaikum semua, sedar tak sedar Ramadhan bakal berakhir beberapa hari je lagi kan. Ada yg dah berjaya capai misi kurus raya ke tu 🙈 ? Ke masih dalam proses ? Hari ni mia nak share Tips Kurus dengan Cepat. Untuk kurus dan sihat, kita perlu mulakan gaya hidup yg sihat dan berdisiplin 💪 1) Kurangkan Pengambilan Karbohidrat Boleh dikatakan kebanyakan makanan kita setiap hari mengandungi karbohidrat termasuklah nasi, roti, kuih-muih, pasta dan sebagainya. Tetapi, tau tak yang badan kita sebenarnya tak perlukan karbohidrat yang banyak untuk berkerja. Jadi, jika kita nak kurangkan berat badan boleh mulakan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan harian kita. 2) Detoks Untuk memulakan diet, kita digalakkan untuk detoks terlebih dahulu. Usus kita umpama kereta yang perlu dipanaskan enjinnya dahulu sebelum dipandu. Jadi ia perlu dibuang toksin yang jahat dahulu sebelum tukarkan kepada rutin yang baik. Detoks boleh dilakukan selama 7 hingg...

Petua Hilangkan Jeragat

 CARA ATASI JERAGAT TEBAL LEBIH CEPAT Assalamualaikum semua, semoga pembaca semua sihat-sihat sahaja. Hari ni mia nak kongsikan Petua Hilangkan Jeragat dari dalam. Mesti penat kan bila dah cuba bermacam-macam produk tapi jeragat tak hilang juga ? Jadi mesti kena cuba Set Jeragat Premium Shaklee ni untuk hilangkan jeragat tebal. Untuk set jeragat premium ni, mia gabungkan 3 elemen terbaik untuk atasi jeragat dengan cepat.  1) RAWAT SEL ROSAK Jeragat merupakan sel rosak yang dah jadi hitam, jadi dengan pengambilan antioksidan yang tinggi dapat mencegah kerosakan sel dan merawat sel yang telah rosak. Jadi produk yang mempunyai antioksida tinggi dan merawat sehingga ke sel mesti lah vivix. 2) MENGATASI MASALAH HORMON Pencuci muka sahaja takkan hilangkan jeragat ! Hormon yang tak stabil juga menyukarkan jeragat untuk hilang. Walaupun kita buat rawatan laser sekalipun, jeragat yang hilang selepas laser akan tumbuh balik.   Jadi pengambilan GLA sangat membantu untuk stabilkan s...

INTERMITTENT FASTING (IF) LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SET HELLO NEW YOU

  IF LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SET HELLO NEW YOU Assalamualaikum semua, harapnya semua sihat-sihat sahaja tambahan dengan cuaca sekarang yang tak menentu sekejap hujan sekejap panas kan. Hari ni mia nak share pasal Intermittent Fasting. Intermittent Fasting (IF) ni adalah corak pemakanan di mana kita menghadkan pengambilan makanan pada jam-jam yang tertentu dalam sehari. Apakah Intermittent Fasting (IF) ? Intermittent Fasting (IF) adalah corak pemakanan berkitar antara tempoh berpuasa dan makan. Kaedah IF melibatkan puasa 16 jam setiap hari atau puasa selama 24 jam, dua kali seminggu. Kaedah Intermittent Fasting (IF) Terdapat beberapa cara berbeza untuk melakukan Intermittent Fasting yang melibatkan pembahagian hari atau minggu dalam tempoh makan dan puasa.  6 Jenis Intermittent Fasting Berikut merupakan kaedah yang paling popular :  Kaedah 16/8 : Dipanggil sebagai Protokol Leangins, iaitu skip sarapan pagi dan menghadkan tempoh makan harian anda kepada 8 jam, cont...