Skip to main content

4 Langkah Mulakan Amalan Gaya Hidup Sihat

 Semua orang impikan memiliki gaya hidup sihat, tapi kalau kita dah terbiasa dengan gaya hidup yg sedia ada bukan mudah untuk kita lakukan perubahan mengubah tabiat buruk kepada tabiat yang mengikut amalan gaya hidup sihat tau. Hari ni mia nak share 4 Cara untuk Mulakan Amalan Gaya Hidup Sihat.

1) KAWAL PEMAKANAN

Antara kesilapan yang sering kita lakukan untuk mengubah gaya hidup sihat ialah dengan ubah gaya pemakanan dengan mengikuti tips-tips diet yang melampau untuk turunkan berat badan dengan pantas tetapi bila dah habis diet, berat naik semula melebihi paras sebelum diet.

Gaya pemakanan sihat adalah menyedari apa yang masuk ke mulut kita, bukan makan mengikut apa yang nafsu anda mahu. Adakah ini bermakna kita tidak boleh lagi makan donut, kek atau makanan segera? Tidak, kuncinya adalah kawal, makanan-makanan tidak berkhasiat ini kita makan untuk waktu tertentu sahaja seperti sambutan hari jadi atau sebagai ganjaran setelah mencapai sesuatu. 

Salah satu cara mudah untuk mengawal pemakanan adalah menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia iaitu Suku Suku Separuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


2) BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL

Kebanyakan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer. Sebelum mulakan aktiviti senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan 5 cadangan di bawah :

  • Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km)
  • Gunakan tangga berbanding lif
  • Parkir kereta jauh daripada office
  • Regangkan basan selama 10 minut setiap 1 jam
  • Rajinkan membuat kerja rumah seperti mengemop dan menyapu.
Untuk aktiviti senaman, cari aktiviti yang paling sesuai dengan diri kita contohnya menari, yoga, berlari, lompat tali atau bermain bola. Lakukan senaman minima 3 kali seminggu dan 30 minit bagi setiap sesi. Senmaan bukan saja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan mood yang menjadikan kita lebih gembira kerana penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.

3) JAGA KESIHATAN MENTAL

Selain menjaga kesihatan tubuh badan, kesihatan mental juga sangatlah penting. Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya pergi dan balik kerja, generasi kita lebih mudah menghadapi tekanan mental. Beberapa aktiviti boleh dicuba bagi membantu mengurangkan tekanan mental kita :

  • Kajian telah membuktikan meditasi mampu mengawal tekanan dan kerisauan. Bagi yang Muslim, ibadah solat dan doa juga adalah salah satu bentuk meditasi. Ketika solat kita ibarat terpisah sebentar daripada dunia, lupakan seketika semua masalah, ia adalah masa kita dengan Tuhan kemudian luahkan semuanya dalam doa.
  • Belajar kemahiran baru atau mulakan hobi baru bagi memastikan minda anda sentiasa muda dan aktif. Anda boleh mula menulis, melukis, berkebun atau belajar muzik. Luangkan sekitar 10-15 minit sehari pun sudah memadai.
  • Luangkan masa dengan alam sekitar. Sekali sekala kita perlu lari daripada kesibukan ibu kota. Pergilah berkelah di air terjun atau pantai, berjalan-jalan di taman awam atau mendaki bukit. Melihat kehijauan alam juga terbukti baik untuk mata kita selain dapat membantu mengurangkan tekanan.

    4) DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI

    Tidur yang cukup merupakan elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak sukar untuk fokus dan kita lebih mudah jatuh sakit. Tetapkan waktu tidur setiap hari sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.



    Bagi memulakan gaya hidup yang sihat mulakan dengan beberapa langkah kecil ini dan ditambah baik dari semasa ke semasa. 



    #NextLevelogging
    #Shakleetriumph2023
    #Shakleethrive2023

    Comments

    Popular posts from this blog

    30 PESANAN IMAM SYAFIE UNTUK CAPAI KEJAYAAN HIDUP

      KATA-KATA MOTIVASI Assalamualaikum, selamat petang semua 😊 Hari ni mia nak share kata-kata motivasi tentang 30 Pesanan Imam Syafie untuk Mencapai Kejayaan Hidup. Siapa Imam Syafie ni ? Imam Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Bin Idris Bin Al-Abbas Bin Usman Bin Syafie Bin As-Saib adalah ahli fiqah terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau merupakan pengasas kepada mazhad Syafie, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia. Setiap daripada kita mesti nak berjaya dalam hidup kan, jadi di sini mia sertakan 30 pesanan Imam Syafie untuk mereka yang inginkan kejayaan. 1.  Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin  kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. 2. Perbanyakan  menyebut Allah  daripada menyebut makhluk. Perbanyakan  menyebut hal akhirat  daripada menyebut hal dunia. 3. Pilihlah  makanan yang halal  kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaita...

    Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

      Sekarang tengah viral kan kat mana-mana mesti kita jumpa harga rahmah. Vitamin kulit pun semestinya taknak ketinggalan program harga rahmah ni. Haa RARE kan 😆 Nak tau tak apa dia vitamin kulit cantik tapi harga rahmah tu ?  Jeng Jeng Jeng Tak lain tak bukan set kulit 'Best Seller' kita Esp Soy Protein dan Sustained Release Vita-C Shaklee. Kebetulan bulan ni menjelang raya kan, Shaklee pun tau-tau je yang kita ni mesti nak kulit sihat dan cantik raya ni kan. Tahu tak, kedua-dua produk ni penting untuk dapatkan kulit yang sihat tau. Jom mia share sikit tentang vitamin kulit cantik ni. Kepentingan Protein untuk Kulit yang Sihat dan Cantik Protein merupakan salah satu bahan binaan tisu kuli t, setiap 21 hari kulit kita akan bertukar baru jadi pengambilan protein yang mencukupi amatlah penting untuk kulit yang gebu dan sihat. Protein mengandungi 2 jenis asid amino, iaitu L-proline dan L-lysine yang membantu penghasilan kolagen badan . Protein menggalakkan penghasilan, pertum...