Skip to main content

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

 

Sekarang tengah viral kan kat mana-mana mesti kita jumpa harga rahmah. Vitamin kulit pun semestinya taknak ketinggalan program harga rahmah ni. Haa RARE kan 😆
Nak tau tak apa dia vitamin kulit cantik tapi harga rahmah tu ? 
Jeng Jeng Jeng
Tak lain tak bukan set kulit 'Best Seller' kita Esp Soy Protein dan Sustained Release Vita-C Shaklee.

Kebetulan bulan ni menjelang raya kan, Shaklee pun tau-tau je yang kita ni mesti nak kulit sihat dan cantik raya ni kan. Tahu tak, kedua-dua produk ni penting untuk dapatkan kulit yang sihat tau. Jom mia share sikit tentang vitamin kulit cantik ni.


Kepentingan Protein untuk Kulit yang Sihat dan Cantik

Protein merupakan salah satu bahan binaan tisu kulit, setiap 21 hari kulit kita akan bertukar baru jadi pengambilan protein yang mencukupi amatlah penting untuk kulit yang gebu dan sihat. Protein mengandungi 2 jenis asid amino, iaitu L-proline dan L-lysine yang membantu penghasilan kolagen badan.

  1. Protein menggalakkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel-sel kulit yang baru.
  2. Protein juga terlibat dalam pemulihan dan pembaikan sel dan tisu kulit.
  3. Protein menghasilkan hormon yang sihat dan enzim yang penting untuk kulit.
  4. Protein membekalkan asid amino yang penting (tidak dihasilkan oleh badan) untuk fungsi kulit yang optimum.
  5. Protein juga menyokong penghasilan asid amino glutathione yang bantu melindungi kulit sel-sel kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari.
Sel kulit lama dan sel kulit mati perlu diganti jadi protein membantu untuk hasilkan sel-sel kulit yang baru. Barulah kulit jadi sihat dan cantik ! Esp Shaklee merupakan minuman lazat dan kaya dengan protein soya yang berasaskan tumbuhan. Ia dapat membantu kita mendapatkan kulit yang lebih sihat dan nampak muda dengan memperbaharui sel kulit pada kadar yang optimum.

Kebaikan ESP Shaklee untuk Kulit Cantik

1) Kulit menjadi Lembap 

Protein merangsang pengeluaran asid hyaluronic untuk mengikat dan mengekalkan air dalam sel-sel kulit jadi ia dapat mengekalkan penghidratan dan kelembapan di dalam kulit.

2) Kulit Nampak Lebih Muda

ESP Shaklee mengandungi isoflovin secara semulajadi untuk menghalang proses degradasi kolagen dan elastin kulit. Pengambilan protein soya berterusan dapat mengurangkan kehadiran, perubahan warna kulit dan memperbaiki keseluruhan penampilan kulit.

3) Kulit Licin dan Tona Kulit Sekata

Protein dapat membantu dalam memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan gebu. Selain itu, ia turut membantu :

  • Mengembalikan keserian kulit
  • Menganjalkan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen
  • Mengecutkan jerawat dan merawat 'breakout'
  • Memudarkan kesan parut
  • Mengurangkan kedutan, garis halus dan kesan penuaan.
  • Agen anti-penuaan
  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan pigmentasi dan jeragat
  • Mengatasi masalah kulit berminyak.

Banyak rupanya manfaat protein untuk kulit kita kan. Okay jom mia sambung tentang Vitamin C Shaklee pula.


Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang bertindak sebagai agen anti-oksida kepada tubuh badan manusia. Manusia tidak boleh menghasilkan vitamin c sendiri sepertimana haiwan contohnya arnab, kucing dan kambing yang mampu menghasilkan vitamin c sendiri. Oleh itu, kita perlu dapatkan sumber vitamin c daripada makanan harian dan supplement tambahan.

Kebaikan Sustained Release Vita-C Shaklee untuk Kulit Cantik

1) Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.

2) Membantu mencerahkan kulit dan menjadikan tona kulit sekata.

3) Membantu mengatasi masalah 'breakout' dan jerawat.

4) Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah dengan UV matahari.

5) Melindungi kolagen daripada kerosakan aksidatif.

6) Mengurangkan risiko kedutan dan garis halus awal.

7) Mengatasi masalah pigmentasi pada kulit

8) Mencerahkan kulit dan mengatasi masalah sunburn.



Pengalaman pengguna yang mengamalkan Vitamin Kulit Cantik Shaklee 👇






Kesimpulannya, Kulit yang Cantik bermula daripada Kulit yang Sihat 💓




Btw, bulan ni Shaklee buat Promo Rahmah harga sangat-sangat tak masuk akal tau untuk vitamin kulit ni 😱
Selain tu, ada keahlian percuma dan percuma penghantaran juga 😍
Kalau taknak jadi ahli kena bayar harga non member tau, jadi jom grab sementara harga memang tengah murah sangat ni !

Promosi Set Rahmah Shaklee

Ada 2 pilihan set yang kita boleh pilih :


Set A : ESP+Vitamin C = RM99

Harga asal set ni RM288 tau (ESP - RM173, Vitamin C RM115) bila promosi Set Rahmah ni jatuh harga RM99 je untuk kedua-dua item, bersamaan 1 item jatuh harga RM49.50 je tau 😍


Set B : 2 ESP + 2 Vitamin C = RM188

Harga asal set ni RM577 tau, tapi dengan promo Set Rahmah ni harga Set B jadi RM188 je tau bersamaan 1 item jatuh harga RM47 😍 
Jimat ke Jimat Sangat ?
khas untuk bulan ni kawan-kawan yang nak Vitamin kulit ni boleh whatsapp mia ya 😉

Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin kulit, boleh hubungi mia di :

Whatsapp : www.wasap.my/60172671802
Facebook : Miah Hussain
Instagram : Miah Hussain

#NextLevelBlogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023





















Comments

Popular posts from this blog

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

  TIPS KURUS DENGAN CEPAT Assalamualaikum semua, sedar tak sedar Ramadhan bakal berakhir beberapa hari je lagi kan. Ada yg dah berjaya capai misi kurus raya ke tu 🙈 ? Ke masih dalam proses ? Hari ni mia nak share Tips Kurus dengan Cepat. Untuk kurus dan sihat, kita perlu mulakan gaya hidup yg sihat dan berdisiplin 💪 1) Kurangkan Pengambilan Karbohidrat Boleh dikatakan kebanyakan makanan kita setiap hari mengandungi karbohidrat termasuklah nasi, roti, kuih-muih, pasta dan sebagainya. Tetapi, tau tak yang badan kita sebenarnya tak perlukan karbohidrat yang banyak untuk berkerja. Jadi, jika kita nak kurangkan berat badan boleh mulakan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan harian kita. 2) Detoks Untuk memulakan diet, kita digalakkan untuk detoks terlebih dahulu. Usus kita umpama kereta yang perlu dipanaskan enjinnya dahulu sebelum dipandu. Jadi ia perlu dibuang toksin yang jahat dahulu sebelum tukarkan kepada rutin yang baik. Detoks boleh dilakukan selama 7 hingga ke

INTERMITTENT FASTING (IF) LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SET HELLO NEW YOU

  IF LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA DENGAN SET HELLO NEW YOU Assalamualaikum semua, harapnya semua sihat-sihat sahaja tambahan dengan cuaca sekarang yang tak menentu sekejap hujan sekejap panas kan. Hari ni mia nak share pasal Intermittent Fasting. Intermittent Fasting (IF) ni adalah corak pemakanan di mana kita menghadkan pengambilan makanan pada jam-jam yang tertentu dalam sehari. Apakah Intermittent Fasting (IF) ? Intermittent Fasting (IF) adalah corak pemakanan berkitar antara tempoh berpuasa dan makan. Kaedah IF melibatkan puasa 16 jam setiap hari atau puasa selama 24 jam, dua kali seminggu. Kaedah Intermittent Fasting (IF) Terdapat beberapa cara berbeza untuk melakukan Intermittent Fasting yang melibatkan pembahagian hari atau minggu dalam tempoh makan dan puasa.  6 Jenis Intermittent Fasting Berikut merupakan kaedah yang paling popular :  Kaedah 16/8 : Dipanggil sebagai Protokol Leangins, iaitu skip sarapan pagi dan menghadkan tempoh makan harian anda kepada 8 jam, contohnya 1-9pm da