Skip to main content

5 Menu Sahur Sihat, Ringkas dan Mengenyangkan






5 Menu Sahur Sihat, Ringkas dan Mengenyangkan.



Assalamualaikum, Salam Ramadhan semua. Pejam celik dah masuk minggu kedua dah kita berpuasa kan. Mesti sekarang semua tengah sibuk dengan persiapan nak kejar 10 malam terakhir, dan ada juga yang tengah diet ketat sebab nak turunkan berat menjelang raya ni kan. Jom mia share menu sahur yang sihat, ringkas dan yang penting mengenyangkan tau, sesuai sanagt untuk yang nak amalkan pemakanan sihat, kawal berat dan orang-orang yang sibuk berkerja.


1) Oat


Oat merupakan antara hidangan sihat dan popular yang selalu menjadi pilihan ramai sebab banyak sangat khasiat di dalam oat antaranya karbohidrat kompleks dan serat yang tinggi membekalkan tenaga dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Selainitu oat juga terkenal dengan khasiatnya yang membantu menjaga kesihatan jantung, mengawal gula dalam darah, menurunkan kolestrol, mencegah penyakit darah tinggi dan mengawal berat badan.

Ramai yang ingat oat tak sedap dan tak menyelerakan, tapi sebenarnya kita boleh tambahkan kekacang, buah-buahan, chia seeds dan yogurt di dalam oat. Jadi takde lah oat kita terasa 'plain' gituuu. Kalau mia, mia suka buat overnight oats, campur buah potong atau campurkan dalam susu, ESP atau Cinch Chocolate. Makan waktu sahur tapi kenyang sampai pukul 4-5 petang tau. Ha, jangan lupa pilih oat yang rendah kalori dan rendah kandungan gula tau !


2) Telur

Telur adalah menu yang paling mudah disediakan sebagai pengganti nasi dan sangat sesuai djadikan menu sahur kerana khasiatnya yang tinggi. Telur mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sangat sesuai diambil pada waktu pagi kerana telur dikategorikan sebagai 'Superfood' yang dapat bantu meningkatkan tenaga kita. Mesti ramai yang takut nak makan telur sebab 'dimomokkan' dengan kuning telur mempunyai kolestrol yang tinggi kan ? Tapi tahu tak sebenarnya kuning telur mengandungi vitamin dan mineral seperti Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9 (Folat), B12 dan banyak lagi. Selain itu, kuning telur juga mempunyai kandungan choline yang tinggi. Kandungan nutrisi yang tinggi di dalam telur ini membuatkan kita kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan rasa lapar di siang hari.


3) Kurma

Kurma bukan sahaja sunnah untuk diambil ketika berbuka, tetapi digalakkan juga untuk dimakan ketika bersahur. Buah kurma mempunyai kandungan nutrien yang tinggi seperti kalsium, serat, zat besi dan vitamin. Kandungan potassium yang tinggi di dalam kurma dapat membantu mengawal kandungan kolestrol dan mencegah kolestrol jahat. Bekalan glukos daripada kurma juga membantu membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Selain itu, serat yang tinggi di dalam kurma juga dapat membantu mengurangkan sembelit. Haa banyak kan sebenarnya kebaikan kurma ni 😍 
Jadi lepas ni jangan lupa ambil kurma ketika brsahur tau !


4) Muesli

Setiap hari makan nasi pun bosan kan ? Haa cuba gantikan muesli pula ketika bersahur 😆
Muesli penuh dengan khasiat daripada kekacang, buah-buahan kering dan bijian sangat enak dimakan bersama susu segar tau. Selain dimakan sebagai bijirin, muesli juga datang dalam bentuk bar yang lebih mudah dimakan dan dibawa kemana-mana.


5) Protein Shake



Sebenarnya makanan protein dan serat memberikan rasa kenyang lebih panjang berbanding karbohidrat sebab tu kita perlu mengutamakan pengambilan protein semasa sahur. Ia membantu kita menahan rasa lapar dengan lebih berkesan kerana proses penghadaman protein adalah lebih perlahan berbanding karbohidrat jadi. Protein juga membantu mengawal paras gula darah dan mencegah rasa lapar yang melampau sekaligus mengelakkan kita makan secara berlebihan ketika berbuka. Tapi macam mana nak pastikan kita ambil protein yang cukup setiap hari ? Haa, dengan protein ESP shaklee sahur semudh shake shake je tau.

Jom tengok apa kata mereka yang ambil Esp untuk sahur 👇






Tambahan pula April ni ada promo best tau ! Nak tahu lebih lanjut jom whatsapp mia sekarang.


Whatsapp : www.wasap.my/60172671802/shaklee


#blogmegashaklee 

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023





























 

Comments

Popular posts from this blog

30 PESANAN IMAM SYAFIE UNTUK CAPAI KEJAYAAN HIDUP

  KATA-KATA MOTIVASI Assalamualaikum, selamat petang semua 😊 Hari ni mia nak share kata-kata motivasi tentang 30 Pesanan Imam Syafie untuk Mencapai Kejayaan Hidup. Siapa Imam Syafie ni ? Imam Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Bin Idris Bin Al-Abbas Bin Usman Bin Syafie Bin As-Saib adalah ahli fiqah terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau merupakan pengasas kepada mazhad Syafie, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia. Setiap daripada kita mesti nak berjaya dalam hidup kan, jadi di sini mia sertakan 30 pesanan Imam Syafie untuk mereka yang inginkan kejayaan. 1.  Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin  kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. 2. Perbanyakan  menyebut Allah  daripada menyebut makhluk. Perbanyakan  menyebut hal akhirat  daripada menyebut hal dunia. 3. Pilihlah  makanan yang halal  kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaita...

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

  TIPS KURUS DENGAN CEPAT Assalamualaikum semua, sedar tak sedar Ramadhan bakal berakhir beberapa hari je lagi kan. Ada yg dah berjaya capai misi kurus raya ke tu 🙈 ? Ke masih dalam proses ? Hari ni mia nak share Tips Kurus dengan Cepat. Untuk kurus dan sihat, kita perlu mulakan gaya hidup yg sihat dan berdisiplin 💪 1) Kurangkan Pengambilan Karbohidrat Boleh dikatakan kebanyakan makanan kita setiap hari mengandungi karbohidrat termasuklah nasi, roti, kuih-muih, pasta dan sebagainya. Tetapi, tau tak yang badan kita sebenarnya tak perlukan karbohidrat yang banyak untuk berkerja. Jadi, jika kita nak kurangkan berat badan boleh mulakan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam makanan harian kita. 2) Detoks Untuk memulakan diet, kita digalakkan untuk detoks terlebih dahulu. Usus kita umpama kereta yang perlu dipanaskan enjinnya dahulu sebelum dipandu. Jadi ia perlu dibuang toksin yang jahat dahulu sebelum tukarkan kepada rutin yang baik. Detoks boleh dilakukan selama 7 hingg...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

  Sekarang tengah viral kan kat mana-mana mesti kita jumpa harga rahmah. Vitamin kulit pun semestinya taknak ketinggalan program harga rahmah ni. Haa RARE kan 😆 Nak tau tak apa dia vitamin kulit cantik tapi harga rahmah tu ?  Jeng Jeng Jeng Tak lain tak bukan set kulit 'Best Seller' kita Esp Soy Protein dan Sustained Release Vita-C Shaklee. Kebetulan bulan ni menjelang raya kan, Shaklee pun tau-tau je yang kita ni mesti nak kulit sihat dan cantik raya ni kan. Tahu tak, kedua-dua produk ni penting untuk dapatkan kulit yang sihat tau. Jom mia share sikit tentang vitamin kulit cantik ni. Kepentingan Protein untuk Kulit yang Sihat dan Cantik Protein merupakan salah satu bahan binaan tisu kuli t, setiap 21 hari kulit kita akan bertukar baru jadi pengambilan protein yang mencukupi amatlah penting untuk kulit yang gebu dan sihat. Protein mengandungi 2 jenis asid amino, iaitu L-proline dan L-lysine yang membantu penghasilan kolagen badan . Protein menggalakkan penghasilan, pertum...